Sunday, 29 November 2009
terkenangkan seorang pak cik...
ali ketiga membawa tuah,
setiap hari wiridku putrajaya baling,
sekarang sarawak bumi bertuah,
sabarlah adikku, anda masih muda gagah dan kacak, pengalaman penting juga kan...semoga anda sihat... (7 May 2009 ; 10:49 pagi).
............. itulah antara bait-bait mesej yang aku terima oleh seorang kawan yang juga pak cik dan juga seorang "orang tua" yang begitu mengambil berat akan orang muda seperti aku...
mesej ni aku dapat stelah aku mula berkhidmat di tempat kerja skg... aku mengenali nya semasa di sesi temuduga di Alor Star dulu... orangnya sudah berumur hampir sebaya ayahku... peramah dan juga baik hati... tidak gemuk sangat dan tidak pula tinggi sangat... memakai songkok dan juga blazer sewaktu hari temuduga tersebut... macam mana boleh kenal dan rapat.. mana tak nya.. dalam sesi temuduga tuh.. hanya dua orang saja calon lelaki.. aku ngn dia sahaja... heheheh...
bertugas sebagai pemandu di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Nerang Kedah... sudah hampir beberapa tahun.. mempunyai lima anak... apa yang menarik ialah beliau merupakan Lulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kaunseling dari Universiti Malaysia Sabah (UMS)tahun 2007...
Semasa menunggu untuk masuk ke bilik temuduga... (yang begitu lama sangat2).. beliau sempat untuk membelikan aku sebungkus air.. air skyjuice.. hehehe(turn dia lama lagi...sebab tuh sempat g beli heheh) seorang pemuda memanggilku dari pintu depan sewaktu aku sudah pun di hadapan pintu temuduga.. dahaga betul air saat tu.. yalah aku baru sampai dari Kuala Terengganu subuh tadi.. penat pun tak hilang lagi buat bengkel tiga hari di sana... dah la tak masuk kerja hari tu.. buat EF jer... huhu.. balik ke cerita tadi.. pemuda tadi panggil aku dari pintu depan cakap ayah aku panggil... terkejut aku.. ayah aku datang buat apa time2 camni kan.. wahahah.. rupa-rupanya baru aku paham bila aku nampak pak cik tadi melambai-lambai aku dari cermin... oh.. pak cik rupanya.. tersenyum aku pada pemuda tadi.. boleh pulak dia cakap itu ayah aku.. sampai di muka pintu.. pak cik menghulurkan aku sebungkus air.. suruh aku minum pintanya bersahaja.. macam tahu2 je pak cik ni.. saat tuh rasa diri aku ni begitu berharga.. wahaahhha.. dah minum barulah aku masuk balik ke depan pintu bilik temuduga tuh.. sampai turn aku.. hhuhu..
......... tapi sekarang.. bila dapat keputusan temuduga tu.. sedih jugak aku... pak cik tak dapat untuk ke jawatan aku sekarang... terharu aku dengan telatah dan senyum yang menunjukkan kematangan beliau... namun aku masih berdoa agar satu hari nanti.. pak cik jugak akan berjaya naik pangkat.. InsyaAllah.. amin...
pantun yang dimesejkan kepada ku bila dibaca semula... sebenarnya memberitahu bahawa beliau sebenarnya sentiasa mendoakan aku agar dapat berkhidmat di utara... dan beliau sering mengusikku agar aku akan posting di JKM Kuala Nerang.. hehehe...
ini satu lagi mesej yang akan aku simpan dan cuba praktikan InsyaAllah..
..." ok buat yang terbaik, permudahkan segala urusan Islam, Nanti kita jumpa lagi, jangan lupa tengok2lah pasangan bahagia..."
terima kasih En Zainol aka pak cik.......... wassalam...
Wednesday, 16 September 2009
SALAM LEBARAN
heheh.. takda mood sangat nak buat kerja... huhuhu...
esok dah flite dari Mukah ke Kuching.... then jalan2 jap kat Kuching... sebab flite Kuching ke Penang malam... hooohoho...
tak sabar nak balik.. Doakan aku selamat sampai di kampung halaman...
di kesempatan ni juga..
ingin sekali aku memohon dengan rasa rendah hati..... mohon ampun pada semua yang telah mengenali diri ini... andai terlanjur bicara.. ada salah silap.. harap dimaafi..
semoga ramadhan dan Syawal kali ini memberi seribu makna bagi kita semua...
semoga bahgia selalu.. ceria sokmo...
p/s; tak sabar nak balik bertemu sanak saudara.. rakan taulan.. then nak borak2 dan gelak ketawa sampai pengsan... heheheh
SALAM SAYANG... SALAM AIDILFITRI...
saya tinggalkan anda semua dengan pantun ni ok..
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita
Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile
Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin
Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie
Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq
Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei
Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau
Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq
Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
Sarawak
Baju raya di india street nang murah
Sekali makey bisak rah ketayyak
Ari raya dtg lah kerumah
Duit angpau raya jangan lupak.
Sabah
maqan ubi cicah asam jawaq,
makan keropoq cicah cukaq,
qo tu tidur jaq bulan puasaq,
padanla bilaq rayaq qo gilaq,
Monday, 14 September 2009
SOCOTRA
Kepulauan Aneh?
Kepulauan Socotra di Yaman yang dikenali juga sebagai 'The Roof of Arabia'. Yang sangat menarik ialah flora dan fauna serta landscape yang tak pernah kita tengok di tv atau pun media cetak sebelum ini. Kepulauan Socotra baru saja di calonkan sebagai 'one of the new seven wonders of the world'. UNESCO pula mengiktiraf Socotra Island sebagai 'world
heritage site' baru2 ini.
Pulau Socotra yang terletak kira-kira 210 meter di luar Semenanjung Arab. Socotra merupakan dunia asing bagi penduduk Yaman sendiri. Penduduk di situ menggunakan bahasa mereka yang tersendiri iaitu bahasa Soqotri. Hanya akhir-akhir ini, pulau ini boleh dikunjungi dengan bot tetapi tetap terpisah dari dunia luar apabila musim monsun tiba dari bulan Jun hingga September.
Ini ialah pokok 'Socotran desert roses, batang nya yang gemuk boleh menyimpan
air berbulan bulan. Kata orang tempatan pokok ini macam rupa perempuan tua gemuk
bertopi bunga...! Pokok ini sangat beracun, kambing pun tak berani nak sentuh...


Ini lah pokok 'Dragon Blood Tree'. Dalam bahasa tempatan Dam al-Akhawain
bermaksud..'blood of the two brothers'. Pokok ini beharga kerana getah nya yang
berwarna merah digunakan sebagai pembuatan ubat dan kosmetik. Pokok nya
begitu cantik dan unik.Pokok Daragon's Blood ini ialah salah satu diantara 900
spesis pokok yang sangat pelik dan popular di pulau Socotra.


Ini pulak ialah pokok 'socotran fig'. Batang nya berbentuk unik, seakan akan tubuh
manusia.
dipetik dari: http://ceriterasukma.blogspot.com/
Saturday, 12 September 2009
berbudi pada tanah Beruit......
Tiba di kebun... kami melihat semaian anak padi huma yang baru berusia seminggu.. ianya di semai di atas sehampar tikar getah..anak padi semaian ini disemai di atas tikar getah bertujuan bagi memudahkan proses pemindahan dan menanam...
Proses pertama adalah dengan mengangkat anak padi tadi.. kemudian.. lubang akan dibuat dengan menusukkan batang kayu ( sebesar hulu cangkul) ke tanah.. setelah itu barulah sejemput anak padi tadi di ambil dan di masukkan ke dalam lubang di tanah yang ditusuk dengan batang kayu tadi... kemudian kita kenalah tutup balik dengan rapat lubang yang terbuka selepas memasukkan anak padi tadi.. bagi mengelakkan ianya di makan oleh haiwan seperti burung dan H1N1. heheheh...
asyik sebenarnya melakukan aktiviti tradisional ini... berbeza sekali dengan proses menanam padi di sawah seperti di kampung aku.. kerana menanam padi huma amat mudah sekali.. tidak perlu bermain lumpur... kerana.. padi huma tidak memerlukan bantuan air yang banyak seperti padi di sawah...
cukup sekadar dengan menunggu hujan turun sekali sekala... cukup enam bulan bolehlah ianya dituai... heheh
hehehh tengok tuh.. asyik betol kitorg menanam...
tapi takper... nanti kitorg datang kutip hasil ya mak cik pak cik.. heheh
heheheh.. sebenarnya.. selepas kami semua penat bercucuk tanam... kami dihidangkan dengan menu istimewa.. nak tahu apa... air kelapa muda.. hehehe bunyi macam biasa kan..? tapi lain sedikit versinya.. selepas sahaja kami selesai.. pak cik mamanjat pokok kelapa yang hampir 10 meter tingginya.. bagi mendapatkan kelapa muda.. hampir sepuluh biji digugurkan... kami dihidang dengan air kelapa muda.. orang Melanau cakap anum benyoh maksudnya air kelapa.. heheheh.. air kelapanya sangatlah manis dan terasa bergas... nyaman sekali.. cukup melegakan tekak yang kering pagi itu... isinya pula sangatlah lemak... manis... kenyang betol hari tuh.. heehhe..
Wednesday, 2 September 2009
melokan...
- baju kotor berlengan panjang (bagi mengelakkan luka dan digigit nyamuk)
- kasut boot
- pisau cangkuk atau parang ataupun besi panjang (untuk melorek tanah bagi tujuan mengesan lokan yang terdapat dalam tanah lumpur)
- Terendak (topi bagi melindungi kepala+topi tradisi masyarakat Melanau)
- Jaring atau plastik ataupun guni bagi mengisi lokan yang diperoleh
- bakul anyam bagi menempatkan dapatan lokan..










ok jumpa lagi...
Monday, 31 August 2009
benarkah belajar pandai dan berjaya akan senang?
cikgu selalu pesan...
terkenang kembali semua tuh... tapi hakikatnya... tak semua orang akan dapat apa yang dijanjikan itu... maksud ku.. belajar rajin-rajin dan berjaya ke Universiti dan mendapat segulung Ijazah... dan senang selepas itu.... tetapi tidaklah benar semua itu... kerana masih ada yang bekerja dengan susah payah...
Inilah yang dinamakan sebagai takdir...
dan sinilah pengorbanan mereka dicurahkan... biarpun diwaktu petang... mencari damai di pantai dengan tangisan... tapi itulah tangisan keinsafan sebenarnya.. tangisan orang yang cekal... masakan tidak.. hidup bagaikan kembali ke alam 20 tahun yang lepas.. tanpa line telefon dan juga sumber air bersih...
pada diri ini dan insan lain... hidup mesti disulami pengorbanan.. sesudah berjaya.. janganlah kita mengharap akan dapat bertugas di tempat yang hebat.. ada aircond dan canggih manggih semuanya... kerana kejayaan kita perlu dikongsi bersama oleh mereka yang ketinggalan. supaya mereka juga akan berjaya seperti kita... atau lebih dari kita...
perjalanan menuju perkampungan pedalaman walaupun terpaksa bertukar-tukar boat dan meredah hutan usah dijadikan alasan...
kerana di sana menunggu dengan sekuntum senyuman...
Tuesday, 25 August 2009
mang (meang)
Hingga menjilat jari kitorang hari itu... heheheh...




































ini cara menyiang Mang... kena tarik keluar dia punya tahi dr perut... 