Wednesday, December 26

Review 2012(untuk renungan zaman tua nanti)huhu


Salam Uols.. dah lama tidakku muncul di blog ni.. actually xtahu nak update ape.. rating viewer sebenarnya akakkk xkisahh sgt pown.. blog ni dijadikan untuk tatapan bila zaman tua2 nanti.. biasa la otak manusia ni bukan boleh simpan lama2 story sedih ke story beshh ke..sbb banyak story yang jadi dalam sehari kan.. ni pn story2 yang ada dalam blog ni pn sudah ditapis oleh LPF..kihkihkih

oke back to the title yang dimentionkan above tu, 'review 2012'... hurmmm banyak kalau nak diikutkan.. suka dan duka sama banyak actually.. erm kat mane nak start dulu eh..panjang sgt nk citer..tp kalau korang rajin khatam je la..kalau mls its oke..it juz for share my moment.. everyone hve their moment right.. huhu

oke kat sini ------♥

♥♥♥♥ tahun 2012 bermula dengan cerita yang agak sedih bile my dad masuk ward pada penghujung tahun 2011 disebabkan diabetis dan doktor terpaksa potong kaki kiri my dad sebab xdapat nak diselamatkan lagi.. time tu kebetulan aku baru je tamat pengajian diploma.. sedih sangat..sebab kalau setakat potong jari kaki tu mmg my dad dah kerap..huhu sblum potong kaki tu rasenyer dah 3 jari dipotong doktor..huhu time di hospital aku n  mom menjaga my dad sama2.. kami adik beradik kena kuat n kena bagi semangat pada my dad sebab time tu my dad memang lost sangt pikiran die.. n pada 21.12.2011 kaki my dad dipotong..hampir sampai ke betis jugak kena buang.. sabor je la.. tp allhamdullah semuanya selamat.. n alhamullah sampai sekarang my dad sihat n xsakit2 macam dlu even xde kaki sebelah.. apa guna ada bini n anak ramai kan..tolak je la dgn wheelchair usop die tu pagi petang dpn rumah jenjalan..huhu

lepas tu, my dad n my mom rancang nak belikan kereta untuk aku.. cewah2 time hati berbunga uollss sebab diorang nak hadiahkan kereta..huhu n 5.1.2012 impian aku untuk miliki kereta tercapai.. bukan aku yang minta oke..my parents nak kaci hadiah so terima je lahh..

dan seperti biasa setiap 5februari aku dan my hubby akan celebrate hubungan kami.. 5.2.2012 tepat selama 3tahun kami berhubungan.. tapi xcelebrate kuar makan2 pn..juz masing2 wish ayat2 jiwang gitu..hehe maklumlah masing2 bajet xde lagi time tu..hehe

then bila dah lama stay kat rumah mula lah rase nak cari keje sementara nak sambung study dgree bulan 9 kononnya.. so dapat la keje tu..alhmdullah rezeki kerja aku murah.. mungkin dari bidang admin ni mudah nak dpt kerja.. so dapat la keje sebagai setiausaha kat sebuah syarikat kecil di Alor setar.. tp xtahann uolls.. seminggu je  keje.. hahaha bukan aku sorang je macam tu.. memang syarikat tu staf di keluar masuk je sebab perangai bos macam apa lagi ntah.nak sebut nanti kang korang kate aku mencarut lak kan..huhu so berenti la  bila cukup seminggu.. (xtahu la gaji ntah masuk ntah x keje seminggu ari tu)...huhu

sejak berenti keje tu aku jadi penganggur terhormat la kejap kan..huhu tapi Allah maha mengetahui apa akan berlaku.. nenek aku sakit tua.. (nenek aku tinggal dengan my fmily) die memang xde sakit ape2.. tpi bila kiteorang ni tiap2 hari ngadap dia, so kiteorang nampak la perubahan die sikit2..kiteorang perasan perubahn dia seminggu sebelum die meniggal.. so panggil la semua adik beradik sedara mara yang jauh balik.. alhamdullah semua anak,cucu,cicit n kawan2 dia datang dan dia sempat berjumpa..tp time diorang semua datang ziarah tu mulut dia xboleh paham ape yang dia nak sampaikan.. cuma aku n my mom je orang last yang boleh dengar dia cakap clear sebelum lidah die jadi klu.. tp petang terakhir dia boleh bercakap tu ade dia sampaikan satu amanat.. tp time tu juz aku n my mom je ade.. amanat tu xboleh pakai sebab xde anak lelakinya waktu itu..so kami berdua mendiamkan ja la apa yang dia amanat kan tu sebab amanat tu berkaitan harta.. dan jika kami sebut takut adik abg kakak my mom akan bergaduh sebab amanat tu macam berat keseebelah my mom.. disebabkan my family bukanlah "gila harta' so kami diamkan n bahagi ikut hukum syarak.. tanggal 19.3.2012 nenekku telah diseru panggilan Illahi untuk menemui Yang Maha Esa.. rohnya sangat senang bila dilihat.. tiada sebarang sentap ketika rohnya ditarik sedikit demi sedikit... dan pukul 12.30 mlm beliau pergi untuk selamanya di dunia ini.. dan sepanjang hidup aku selama 20 tahun di dunia ini..inilah kali pertama saudara terdekat aku yang meninggal  dan terjadi di depan mataku.. pemergiann nenekku amat memilukan smua anak dan cucu cicit beliau...moga dia ditempatkan dengan orang2 beriman.........


25.3.2012 adlah tarikh konvokesyen aku.. setelah 2tahun berpenat lelah belajar aku berjaya mendapat diploma.. dan alhamdulillah sepanjang 4 semester aku di politeknik pauh.. setiap semester aku berjaya mendapatkan anugerah ketua jabatan.. dan pada hari konvokesyen aku dianugerahkan anugerah pingat ketua jabatan sebagai penghargaan dalam sepanjang pencapaian akademik aku..akhirnya impian dan misi aku sewaktu menjejak kaki di politeknik pada hari pertama telah berjaya dengan sempurna..  terima kasih Allah..

dan pada 25.3.2012 juga, tarikh keramat untuk aku melaporkan diri sebagai pekerja di Universiti Utara Malaysia sebagai Setiausaha di sana.. tak terkata bertapa gembirnya aku waktu tu.. setelah kesedihan peniggalan nenek, Allah berikan khabar gembira kepadaku.. tak terduga aku yang aku diberikan kesempatan untuk menjadi seorang wanita yang berkerjaya dalam usia yang sangatt muda.. dan begitu mudah untuk aku dapat kerja di bwah sektor kerjaan.. allahmdullah impian aku tercapai.. Terima kasih Ya Allah..

selepas beberapa bulan berlalu suka duka, tibalah 9.6.2012.. my birthday!! heee yang ke-21.. alhamdulillah Allah bagi tubuh ni masih bernyawa pada usia 21 tahun..dan moga tubuh ini dapat lagi bernyawa untuk menikmati nikmatmu Tuhan..

selepas bersuka timbullah pulak duka.. pada bulan Julai 2012..iaitu 2 Ramadhan.. aku mendapat satu kejutan yang besar.. dan mungkin yang terburuk pernah berlaku pada diriku... biarlah kisah ini terkubur di dalam kenangan.. hampir beberapa minggu lamanya untuk aku kuat kembali bangun untuk teruskan hidup..

Aku diuji sekali lagi.. kereta yang dipandu aku pada petang 16.10.2012 mengalami kemalangan.. salah aku jugak yang membuatkan kemalangan tersebut berlaku.. kereta bertembung kereta di persimpangan 4.. Alhamulillah semua yang terlibat dalam kemalangan tidak mengalami sebarang kecelakaan.. akhirnya semua settle di balai polis.. dan aku kena la bayar kompaun.. nak dijadikan cerita kereta aku pulak juz pakai third party je.. memang xcover la kereta aku..juz cover kereta yang satu lagi je.. time tu nasib la ada sikit duit simpanan sendiri.. dan nasib la kawan2 banyak membantu.. diorang la yang pergi setlekan bab kereta yang remuk teruk tu.. fuhh kalau tegok gamber xcident hari tu memang menyayat hati ni..

♥♥♥12.12.12♥♥♥ hey uollss ni bday my hubby muchux laaa..huhu (cewah macam nak bagi satu dunia tahu yang hubby bday tarikh cantik..hahhaa tp malang.. xdapat sambut sebab this month my hubby very buzy dengan keje.. kalau keluar pn xsempat nak sambug meriah2 sebab jumpa pn kuar kejap2 je.. xpe la b..jnji u still syg i n sanggup layan kerenah i yang ntah ape2 ni..hehehe

so hari ni and hari seterusnya ape yang akan berlaku kan agaknya..ntah masih boleh bersujud kepda Illahi ataupun tiada lagi insan yang sedang menaip cerita ini di muka bumi Tuahn..Stiap yang hidup pasti akan mati..ingat tu..  ape2 pn doakan semuanya baik2 belaka kan.. aminn

that's all la rentetan cerita yang berlaku sepanjang 2012 ni.. ada suka ada duka.. tapi semua ini Allah dah tentukan.. seperti yang kita smua tahu,, rezeki, jodoh petemuan, hidup, mati semuanya telah ditentukan oleh Allah Yang Maha Esa..

akhir kata renungkanlah kata2 ini sampai termenung.. ♥


♥♥♥KADANGKALA ALLAH SEMBUNYIKAN MATAHARI, KEMUDIAN DIA TURUNKAN HUJAN DAN DATANGKAN RIBUT DAN PETIR, KITA BERSEDIH... KEMANAKAH HILANGNYA MATAHARI...RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA SEBUAH PELANGI YANG INDAH♥♥♥

♥thanx kepada semua yang sudi baca sampai tamat kisah cik cendawan♥ luv u oolss




































Tuesday, October 16

Kemalangan Jalanraya Ibarat Satu Mimpi Ngeri


              hafiz af kemalangan


dah lama xupdate blog ni.. kesibukan menjadi kekangan untuk mengisi masa lapang untuk mengadap blog kesayangan c.c ni.. hehe ok back to the tajuk di atas yer.. di sini.. saya.. ingin... aceceh... ok la..nk kongsi la pengalaman yang amat pahit dan menjadi igauan mimpi ngeri dalam hidup c.c... peristiwa ni baru berlaku petang kelmarin iaitu 16 Oktober 2012 bersamaan pukul 6 petang..

c.c tengah drive, kebetulan hari tu nak pegi jumpa member c.c yang dalam tak jumpa.. so balik daripada kerja teruslah pick up dia di kampung nenek dia di changlon.. then c.c lalu la satu jalan kampung ni.. jalan tu c.c jarang lalu..seingt c.c hnya baru sekali atau dua kali je baru lalu jalan tu. nak dijadikan cerita.. tiba di satu simpag empat c.c tak berhenti.. memang xnampak papan tanda tu.. sekali member c.c jerit simpag empat "berenti!" tp waktu tu cc dah xnampak apa dah.. cuma yang mampu tekan minyak sebab dah ada di tengah jalan dengan harapan dapat la mengelak daripada satu kereta wira yang datang dari arah kiri c.c.. tp apakan daya.. cubaan tu xlepas.. akhirnya kereta c.c dihentam sebelah sisi penumpang.. remuk.. teruk.. macam tu la jugak remuk hati ni.. c.c cuba mengelak dan pusing stering untuk mengelak dari terbabas..

nasib baik c.c dan kawan c.c xada apa kecelakaan dan juga dari pihak kereta satu lagi.. alhamdulillah.. nasib la pemandu kereta tu lelaki tua.. so paham2 la kalau pakcik ni marah macam mana pn diorang boleh bertolak ansur lagi.. c.c pn turun daripada kereta dan pegi jumpa pakcik tu mntk maaf dan  bincang macam mana nak setle..

memang time tu perasaan bercampur baur.. dah la xpenah xcdent lagi seumor hidup.. inilah kali pertama jadi sebegini dalam hidup c.c... nasib la pakcik tu xkisah.. dia bagi dua pilihan samada buat repot utk claim insuran.. or setle luar.. time tu orang jangan ckp la..penuh.. yang menyibuk mcm reporter berita pn ada.. padahal c.c dengan pakcik tu cool jer xde pn gadoh2 xpuas hati..masalah betul kalau ada "penambah perasa" nih...

last2 decide untuk buat repot sebab kereta pakcik tu memang teruk rosaknya bahagian depan..nasib la enjin dia xdk apa.. cuma body depan memang hancur terus! kalau nk settle luar mhu beribu nak kena.. baik buat repot jer kena rm300 jer..

then kami pegi ke balai polis jitra untuk setle.. nasib la denda yang c.c perlu bayar sebanyak rm300 dapat dikurangkan menjadi rm150 diatas pertolongan pihak polis di sana.. syukur.. walaupun kurang rm150 itu dah amat berharga bagi c.c.. sebab kereta c.c juz pakai third party ja.. so kerugian kat kereta c.c memang 100% tanggung sendiri.. hmmmm sedih..

masalahnya sekrang.. fmly c.c xde pn yang tahu,.. c.c segan untuk menyusahkan diorang.. memandangkan simpanan c.c ada la sikit.. dan hubby pn setuju untuk c.c gunakan duit simpanan dia untuk baiki kereta c.c.. thanx hubyku cayang..

minggu depan dah la raya haji.. sempat ke x ni nk baiki kereta... aduhhh... Ya Allah permudahkanlah urusanku ini..

yang bestnyer.. actually duit gaji bulan ni c.c saving untuk beli telefon baru.. tup2 macam ni pulak jadinya.. hampa..terkilan... sedih.. menyesal..semua cukup.. tp macam huby c.c cakap la.. semuanya dah ditakdirkan allah.. "yang penting sayang selamat dah  buat b bersyukur sangt.. duit boleh kita cari.. kalau sayang b xde mana b nak cari" ..hehe so sweet la b i ni.. love u honey..

oke la setakat itu saja entry kali ni.. moga2 urusan kalian semua jugak dipermudahkan.. dan yang penting hati2 memandu.. ingat orang yang tersayang..  

Saturday, September 8

Bila Pompuan Masuk Kedai Pomen......

                                      

hello uolls.. pagi2 buta ahad ni memang agak mencabar bagi CC.. sebab hari memulakan kerja setelah 2 hari bercuti.. :) hehe so smentara nak dapat feel kerja baik CC updte something kannnn..hehe minggu lepas adalah minggu yang memeningkan kepala CC.. banyak hal yang perlu disettlekan minggu lepas n bnyk benda kena pikir.. dengan hal kerja.. dengan kereta ada prob..

bab kerja tu okey la lagi kan dah nama pn kerja.. tapi bab kereta.. baru2 ni CC ada tukar satu part kereta..orang panggil benda tu 'lower arm'. bila kita tkr so kena la buat alligment blik kan. so pergi la kat satu kedai di changloon ni.. erm nk kasi tw x erk kedai mana.. xpela utk mengelakkan korang kena tipu jugk baik kacitw kann.. kedai tu sebelah public bank pekan changloon.. Xtahu la kt korang cina tu tipu ke x..tp kat CC memng kena la kan..

mulanya CC suruh dia buat alligment ja..tup2 dia kata chamber rosak terok la..kna tukar la.. padahal camber tu CC baru je tukar berape bulan lepas n xde pn xcdent ke msuk lubang besar kew.. last2 CC tnya la harga smuanya.. "semuanya kila RM138".. aiyooo tokey apelah mahal ko letak.. aligment saja pn ko ambik rm28!! biasa plg mahal pn rm25 je n stndart rm20.. kt part tu pn CC dah nampak dia nak sembelih pompuan ni.. camber pn dia cas rm30 kat CC sblh.. mahal ko.. kalau kita bli spare part kt kedai bnda tu juz rm10-rm15 je satu tw x!!

pening kepala CC nak pkir kat mana lagi nak buat alligment ni.. chaglon xbnyk sgt pilihan kdai.. lagi pn xarif sgt area changlon ni.. hubby plak cbok spnjg minggu lpas sbb baru msuk study kat unimap.. g kerje pn tumpang housemate sbb gara2 takut tayar prob.. hehehehe 

so hari sabtu hubby pn datang la menghulurkan bantuan.." macm ultraman la huby i ni"..hahahaa dia bawk pegi kedai tayar di jitra.. kedai tu kat dpn klinik jitra.. aligment pn dia amik rm20 je.. " sedang2 la harganya kan" .. then CC tanya la camber prob x.. cina tu ckp camber xde prob apa pn..msih elok.. see " masih elokk".. kalau la CC percaya bulat dekat cina kedai changlun tu dah melayang duit CC.. so kelmarin utk tayar juz mlyang rm20 je...then memandangkan bajet xlari kelmari..hubby pn ajak la buat tinted kereta sbb tinted kereta CC pn dah mengelembung teruk..so tiba masa utk tukar..sepetang jugk la jalan2 dari jitra sampai alor star cari kedai tinted.. last2 kedai "jimat kos" jugak kami pilih..hehehe

so moral value utk cerita ni.. kalau nak buat ape dekat kereta kena survey kedai dulu.. n kalau boleh jangan percaya bulat2 dekat kedai..n rajin2 la belajar pasal kereta ni.. banyak forum2 yang bersembang hal kereta ni..dpda korang dok asyik baca pasal fb je kan..baik selit2 bca pasal kereta utk tambah ilmu dpda xkena tipu..

p/s: gambar diatas tiada kena mengena dgn cerita pn okeyss..hehehe

Sunday, August 26

Tips Untuk Orang Frust Bercinta..



manusia ni kalau sedang dilamun cinta memang best..ibarat dunia ni hanya kita berdua.. tapiii...mai ja part putus macam apa lagi kan..huhu xsalah bercinta.. CC pn sedang bercinta..acece nak menyelit jugak kan..hehe tapi biasa la.. ada yang bercinta sampai ke jinjang pelamain dan ada jugak yang xsampai setahun pn bercouple...

apa pn bagi yang frust menonggeng tu jangan la kita lupakan Tuhan.. jangan la abaikan family dan orang sekeliling kita..ramai lagi orang yang menyayangi kita.. ni sampai ada yang bunuh diri.. xtahu la apa nak jadi..

Tuhan ada bagi cara yang senang untuk kita lupakan semua tu..cuba baca potongan ayat alquran ni.. insyallah sedikit demi sedikit kita dapat melupkan si dia dengan pertolongan dari-Nya..


cara-caranya macam ni.. :


renung-renungkan dan selamat beramal.. :) 

Wednesday, August 15

Tips Ringkas Berseri di Hari Raya




Hari raya akan datang xlama lagi.. "alamak muka masih sememeh ni"!! macam mane erk nak makeover muka kita ni menjadi cantik dan segar dalam masa terdekat ni.. ??

haa hari ni CC nak berkongsi serba sedikit mengenai tips pantas untuk muka segar dan cantik.. suke x ape yang korang search ni akhirnya dapat di blog nih? aceceh hehehe

tips yang CC nak kongsi ni bagi CC adalah cara yang mudah dan ringkas.. ok.. jom follow step ni..

1. dalam sehari or malam sebelum raya tu korang scrub la muka tuh untuk buang sel2 kulit mati.. sel kulit mati itulah yang membuatkan muka kita menjadi kusam.. then lepas scrub gunakan mask untuk merangsang pertumbuhan sel-sel kulit yang baru..


2. untuk memberikan kesegaran pada tubuh.. sehari sebelum raya, korang mandi la @ berendam dengan menggunakan aroma terapi kegemaran korang untuk membangkitkan kesegaran badan kita yang letih..


3. malam sebelum raya tu korang tidor la awal kalau boleh untuk buat muka korang bagun pagi esok nampak segar..tapi CC sure perempuan memang jarang akan tidor awal malam raya sebab banyak nak diuruskankan..hehe so tips ni untuk siapa yang berkesempatan je la kan..


4. pagi raya pulak korang bersiap la cantik2 sikit.. ok follow step ni untuk makeup:


i) lepas cuci muka..pakai la toner/fresher pada muka..then sapukan pelembap..

ii) sapukan concealer pada cela atau jerawat yang ada pada wajah untuk menutup kekurangan tersebut.kalau boleh biar concealer tu betul2 kering tw baru pergi ke next step..

iii) sapukan makeup base pada wajah untuk membuatkan makeup pada wajah kekal lama.. kalau  xada makeup base tu abaikan je.. then skip step ni..

iv) kemudian sapukan foundation secara rata ke seluruh wajah.. pastikan rata tw.. bila xrata nanti tahu la korang padahnyer..heheh

v) then lepas tu sapukan bedak pada wajah..untuk bedak tu terpulang pada korang.. boleh pakai bedak compact @ loose powder.. kalau boleh gunakan yang mineral.. kesan dia akan lebih cantik kalau pakai bahan dari mineral ni..

vi) ha lepas selesai semua tu bolehla start makeup mata.. sblm tu pakai la bulu mata pelesu tuh..hehe tehn lukiskan kening dan mata..lepas tu pakai eye shadoq.. kalau teknik makeup mata ni korang google search je.. macam2 stail korang boleh follow..janji jangan terlampau over sudah la stailnyer tu..hehe

vii) then pakai la mascara untuk kaci bulu mata lentik.. haa..kalau nak cantik lagi..korang pakai la contact lens yang berwarna.. confirm memang automatik berubah wajah dan seri la.. tapi  pakai la contact lens yang sesuai dengan warna kulit..jangan la korang hentam oren pulak kalau kulit korang tu agak gelap..

viii) kemudian, sapukan blusher pada tulang pipi korang untuk menaikkan pipi korang yang comel tu.. pilih warna yang bersesuaian dengan kulit.. untuk kulit yang sawo matang  sesuai dengan warna peach.. pink pulak sesuai untuk yang berkulit putih.. teknik sapuan pun kena tahu tw.. sebab lain bentuk muka lain teknik sapuannya.. p/s: rajin2 google searh ye..

viiii) lepas tu boleh la sapukan sedikit gincu dan pengilat bibir untuk tampil bibir yang mungkil dan manis..

oii) akhir sekali semburkan wangian pada badan dan baju korang..

oiii) ops ada lagi.. then gayakan la baju raya dan kasut raya korang yang vouge tu.. surely memang cun la!!

oke selamat mencuba.. :)



Tuesday, August 14

Ucapan Hari Raya


ni ja kad raya "e-card" yang mampu dihasilkan dari CC.. hehe biar pn xbrape cantik tapi ikhlas buat untuk korang ni tw..hehe 

semoga raya tahun ini lebih bermakna kepada kita semua.. yang jauh kita dekatkan..yang dekat kita rapatkan.. yang bergaduh kita baikkan..yang tengah couple kita kawinkan cepat..yang baru kawin cepat2 kan dapat anak.. hehehhee

maaf zahir dan batin atas kesilapan atau kesalahan yang CC lakukan secara "ter" atau sengaja lakukan sepanjang penulisan CC di blog ini.. 

kepada pengguna jalanraya.. memandu lah berhati-hati balik ke kampung ni.. memang sure jalan akan jem teruk tapi xlari pun kampung korang dikejar.. :) 

Sunday, August 12

Suasana Raya Dulu dan Kini


   



"Hari raya semua bagaikan nak gila..
Bila puasa buat-buatlah lupa..
Berpakaian semua harus sepadan..
Tapi puasa xcukup sebulan.."

ewahhhh.. ingat lagi x korang tentang lagu ni..lagu ni dinyanyikan oleh geng pelawak Senario.. bes jugak lagu ni kalau layan.. lirik dia dalam lawak ada jugak unsur sindiran nasihat..hehe

kalau nak diceritakan suasana hari raya ni memang menarik la.. hari raya la hari berkumpul adik beradik sanak saudara yang terdekat.. memang meriah.. meriah dengan baju rayanya..meriah dengan kuih muih.. xsabar pulak rasanya..hehe

tapi suasana hari raya tahun ini mungkin sedikit kekurangan kerana perginya nenek kesayangan kami semua.. kalau dulu hari raya pertama jangan cakap la..memang sangat2 penat melayan tetamu yang datang.. bukan apa..nenek tinggal dengan family kami.. sedara semua akan datang ke rumah kami la kalau nak beraya dengan nenek.. kalau kami di kedah kami panggil nenek kami "tok"..

pemergian dia pada bulan 3 tahun ni memang amat mensayukan hati kami semua.. kami tak pernah kehilangan orang yang terdekat..dan itulah jugak kali pertama CC tengok pengurusan jenazah dari awal sampai akhir..

tapi apa pun CC bersyukur sebab dapat menjaga tok disaat dia hampir2 meninggalkan dunia ini.. CC ingat lagi.. CC la orang yang terakhir yang menyuapkan dia makan sebelum beberapa jam dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.. CC suapkan dia nesvita.. dan itulah makanan terakhir yang masuk ke dalam kerongkong tok.. sebaknya rasa bila terkenang dia..

kami memang selalu bergaduh.. tapi kami rapat.. bukan apa..biasala orang tua2 ni..mulut banyak.. hehe ade je dia nak cari pasal dengan CC tiap hari.. tapi tu semua kenangan manis buat CC dengan dia..

sampai ke sekarang.. boleh dikatakan tiap malam nak tidor mesti akan teringat dia... moga roh tok dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan golongan orang2 yang beriman..aminnn..

tok..ema sayang tok.. kenangan kita bersama dari ema kecik sampai la saat tok menghembuskan nafas terakhir xakan ema lupakan..

semoga sambutan hari raya tahun ni bermakna dan masih ramai lagi sanak saudara yang berkunjung ke rumah walaupun ketiadaan tok di sisi kita semua..

*menitik air mata CC bila taip entry ni* :(

dan kepada readers sekalian.. selamat menyambut hari raya.. :)

Monday, August 6

Cerita Mak Andeh Yang Bangang





hello semua.. hari ni nak berkongsi cerita pasal sorang mak andeh yang sangat la bangang.. rasenya lebih teruk dari citer pak pandir..hehe malu den nak cito pn... tapi xpe la cite ja la kurang2 hilang la sikit rasa kebangangang ni kebodohan dan .. whateva..

pagi tadi.. pulun la bukak internet banking Bank Islam..konon nak usyar la duit gaji brapa yang ada..sekali cek!! rasa cam nak pitam je duit xbeganjak sikit pun dalam akaun.. berkurang tak, bertambah apatah lagi memang la tak..!  time2 tu jugak naik meroyan dibuatnya CC dalam opis..



last2 CC gi kat Jabatan Bendahari untuk confirm pasal gaji tu.. tapi bila gi check diorang cakap memang dah settle payment gaji tu.. hah sudahh.. pastu diorang suruh gi settle dengan bank maybe ada problem.. then CC pun terus la gi bank..

tapi bukan berita baik yang CC dengar.. Bank cakap memang xada sebarang tranksasi dalam seminggu ni.. wowww..panasss.. lemah lutut,lemah jantung lemah segalanya bila dengar.. then balik pulak ke opis, terus tuju ke Jabatan Bendahari..

bila dah xsettle dengan orang bawahan diorang terus bawak jumpa pegawai la untuk handle macam mana kes ni.. then pegawai tu pun call la orang bank.. bila diorang cek.. duit gaji CC dimasukkan atas nama ORANG LELAKI!!!  oh tidak ku sangka macam mana boleh berlaku kesilapan macam ni..hmm

pastu bincang punya bincang antara pegawai bendahari tu dengan orang bank diorang decide untuk tarik balik duit yang tersalah masukkan tuh.. so lega la CC kat situ..

then diorang chek balik no akaun CC.. diorang cakap maybe tersalah kaci akaun nombor dulu.. so kerani diorang bukak la fail balik cari.. tup2 bila check balik.. NO AKAUN YANG DULU DAN SEKARANG TAK MATCH!!!

cuak CC kat situ.. dalam hati "mampus dah aku masukkan akaun sape..??" then pegawai tu call balik orang bank untuk dapatkan pengesahan siapkahkah yang dikatakan LELAKI itu.. sekali nama tu abang CC daaa.. abang kandung CC..

malu tahap gaban..xtahu nak menyorok muka di mana...rasa macam nak menyorok bawah meja pun ada time tu..malu2..

benda tu boleh silap sebab waktu CC isi borang hari tu CC isi time tengah bz buat kerja.. no akaun CC, CC simpan dalam list phone aje... xsangka pulak boleh silap tengok akaun number yang abg CC punya.. adoyaiii memang kerja yang sangat bodoh lagi memalukan..

nasib la abg CC sendiri.kalau orang lain mahu hangus duit gaji CC... then untuk setlekan kerja..CC pun call la abang CC dan explain apa yang terjadi..nasib la ok semuanya..dan dia pun akan bank in kan balik duit CC tu kat akaun CC.. fuhh settle!



so moral value for today: 1. Janganla simpan no akaun dalam phone
`                                     2. Jangan buat 2 kerja dalam satu masa
                                      3. Kalau bab bank ni jangan la dipandang ringan
                                      4. Jangan lah jadi macam "mak andeh"korang ni..

okey la.. den dah malu nih..dah xtahu nak sorak kat mano muka den yang lawa ni.. den nak lari gi sorok muka bawah kuali tu la kejap..bye...




Saturday, August 4

PRU13..PANASSSSS...



hmm itula topik yang akan difamouskan CC hari ni...hehe  rasanye CC still kecik lagi untuk membuat pilihan mengundi walaupun muka ni dah boleh jadi mak orang..hehe apasl cepat sangat masa berlalu.. dah pn capai umor 21 dan dah boleh mendaftar untuk mengundi.. CC sekarang dalam proses pemantauan parti yang yang ada di Malaysia ini.. banyak sangat parti kan.. melalui persembangan CC dengan member2 CC yang lepas2.. kebanyakan orang muda sekarang tak berminat untuk mengundi... ini kerana politik di Malaysia semakin hari semakin kotor..

kalau dulu asalnya nak memperjuangkan nasib bangsa Malayu, nak memartabatkan Islam, nak bela nasib rakyat.. tapi kebelakangan ni semua tu dah jadi macam bukan isu utama.. yang diorang tahu nak  mengata sesama sendiri dan mencari salah dan membuka pekung masing2.. CC xde la cakap sokong mana2 parti tapi tolong la kembali kepada tujuan utama kita.. Malaysia terkenal dengan negara demokrasi.. so janganla kita musnahkan pandangan orang asing terhadap negara kita..

kalau kita asyik gadoh ja xpuas hati sana sini, orang asing gelak je dengan sikap kita.. time tu la saat diorang nak kucar kacirkan kita dan dengan mudah diorang nak takluk negara kita.. bukan CC cakap kosong... dah banyak contoh negara dah yang jadi seperti itu.. nak ke negara kita dijajah sekali lagi.. cukup2 la korang wahai warga Malaysia sekalian..

So sempena bulan kemerdekaan dan lebih2 lagi bulan Ramadhan ni tolong la kita baiki sikap masing2..jangan la asyik nak menuding jari mencari salah masing2.. cubalah kita bersatu untuk membentuk satu negara yang aman dan dirahmati Tuhan..

akhir kata, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 55.. saya sayang Malaysia..


pesanan ikhlas daripada CIK CENDAWAN (CC)  :) peace no war.. 

Wednesday, August 1

Suka Duka Kehidupan Silih Berganti..





haloo assalamualaikum semua.. rasanya dah lama sangat cik cendawan xmuncul memfamous kan diri ni di ruangan ini..hehhee tetiba hari ni rasa nak update sesuatu kebetulan tengah boring dan xbanyak keja menanti.. sejak kebelakangan ni cik sangat sibuk dan xsmpat nak update blog.. banyak kan sawang..fuh..fuhh.fuhhhh..*buang habuk*..hahaha lagipun cik buat blog ni bukanlah untuk mencari keuntungan atau populariti..blog ni cik cendawan create sebab untuk berkongsi apa yang terlintas dan apa yang rasa perlu dikongsi dengan sesama kita.. :)

sempena bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini cik nak ucapakan selamat berpuasa buat seluruh umat Islam di seluruh pelusuk dunia..moga Ramadhan kali ni membawa keberkatan dalam hidup kita dan moga Ramadhan kali ini bukanlah Ramadhan yang terakhir buat kita...

btw, sepanjang cik menyepi di dunia blog ni macam2 perkara yang diduga oleh Allah untuk cik cendawan.. tapi apa pun cik redha dengan ketentuan Illahi.. Berat untuk dikongsi dan berat jugak untuk disimpan dalam hati.. :( tapi apapun setiap apa yang diduga itu pasti ada hikmahnya dan Tuhan uji seseorang hambanya kerana Dia sayang akan hambanya..

oke la kita tutup la cerita sedih..kita bukak pulak cerita hepy2..hehe Fyi, kebelakangn ni banyak kawan2 cik yang sudah berkahwin.. ermm..jelous tu ada la jugak kan...hehe dengar cite sronok kahwin muda ni.. boleh elakkan maksiat kan..hehe tapi xpela,,jodoh belum sampai lagi.. ada tu dh ade cuma masa belum sesuai lagi kot.. harap2 cik dapat la seorang suami yang soleh dan dapat membimbing cik dan anak2.. :)


Tuesday, June 5

KISAH PASANGAN SEMUT

                                
                                    seekor kerangga mulakan melangkah mencari rezeki

                                
                                   kerangga duk pikir..arah mana nak pegi..kanan ke kiri?

                                
                                             macam manusia..kerengga pn ada hari dia buntu..

                                
                            keputsan telah dibuat..sang kerengga ke kiri moga2 ada rezeki disana..


                                
                   di pertengahan jalan.. kerengga ni jumpa JKK (Juru Kemudi Kerengga)..wakaka




                                 
                                     dari jauh sang kerengga nampak rezekinya untuk hari ini..




                                 
                     slow2 kerengga itu mendekati rezeki yang sedang dinikmati oleh kawan2nya..




                                 
                                      makin lama makin dekat..tap masih rasa malu2..




                                 
                                            akhirnya..gilirannya pula untuk makan..
                                      rezeki memang sudah dijanjikan oleh Allah SWT..




                                
                                                        sebiji nasi dimakan ramai2..




                                
                                tengah sedap melahap..datang cucunya tumpang makan sama..


                               
                                  bila dah kenyang..kerengga pun beredar untuk pulang..
                                   di pertengahan jalan..teringat isterinya belum makan..




                                
                                                           suami yang baik..
                                                  tak akan lupakan isterinya..




                                
                                           kerengga pun pulang dengan hati yang riang.


                                
                                                                   halangan di atasi..




                                
                                                                   lurah dituruni..


                               
                                                sebaik sahaja sampai ke kampungnya..
                                                    kelibat isterinya mula kelihatan..
                                      si isteri manjamah rezeki yang dibawa pulang suaminya..




                                

si isteri makan sampai tak larat nak berdiri tegak..
tapi perut si isteri tetap slim..
terima kasih kepada suami yang bersusah payah setiap hari..
mencari rezeki yang telah dijanjikan oleh Allah untuk maklukNya..





p/s: sebenarnya ada cerita disebalik cerita ni... kalau korang hayati korang akan paham maksud tersirat dan tersurat.. ; p


sumber: ustaz azhar idrus




















Sunday, June 3

SURAT PERJANJIAN TERBAEKKKK


            

Perrgghhhh kecik2 dah pandai buat perjanjian.. besow2 nanti cmne la..huhu hebat la budak2 zaman sekarang.. salute cik cendawan..haha

boleh tiru ni..perjanjian yang sah..siap ade saksi tuh..hebatt..

p/s penaja: besow2 nanti jangan ko jadi along sudah la adik oii.. : )


JAWATAN KOSONG!!!






Oleh kerana Ajoi selalu  mintak kerja dan selalu jugak xpernah dapat kerja ..dia hampir putus asa..dan di bertekad ini kali terakhir dia nak mohon kerja kosong di satu company ni.. dan dia terfikir untuk membuat kelainan untuk permohonannya kali ini. dengan tujuan akan diberi perhatian kepada permohonan nya itu..


Name: Ajoi


Age: Still young


Sex: Still under age!


Religion: I only have experience praying my cat which dead last year


Race: I love race..How do u know?


Nationality: I don't like Nationality..I prefer Sanyo


I/C no: I have I/C you know! 


Tel no: FYI, I have tlephone..Nokia 3310


Address: Kg Buloh


City: Nurhaliza??


Postcode: I never post anything


Country: I love travel to London


Status: Secret


Email address: yahoo


Education background: My teacher said,not bad


Working experience: last week, I got sell pirate VCD


Father's name: bapak


Mother's name: mak


Expected salary: As much you can pay 


When can start work: Depend on my mood


Highest qualification: very high


Grade: very high


College/ University: College 


Signature: can I use chop??







SERAM..SEBAB PENJARA PUDU DITUTUP


                                         
                                         pudujail
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2
tertentu sahaja…Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil “Bilik
Terakhir”. Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.
Dinamakan “BILIK TERAKHIR ” adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat
sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..
Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis,menjerit, bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.
Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suar a-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.
Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik
itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang
dipanggil bagi memulihkan biliktersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram
kerana mati mereka ditali gantung.
Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan “Bilik Terakhir” itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.
Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing
hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.
Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil
ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,
“Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak
sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa ” ” mannnnnnnnnnnnn
belon yang punyaaaaaa ” Ha Ha Ha Ha
Ha ” Yaaaaaaa, mannnnnnnnnnn belon yang
punyaaaaaa … ”
udah tuuuuuuuuu.. …… peeee buat keja…….. ……… …..
Tahniah kerana minat membaca. : )


Wednesday, May 30

SELESAI MASALAH

CiK CeNd@w@N: LAWAK cendawan:


Al kisah cerita si anak dengan si bapak sorang ni di suatu tempat di Antartika..bapak si anak nie kerja dia sebagai polis nama Seman.. si anak ni baru darjah 1 nama Amat .. suatu malam diorang ada tonton satu cerekarama hujung minggu bersama..cerita tu berkaitan polis dan penjahat dan ada sesi tembak menembak..lepas cerita selesai si anak ni pn tanya la si bapak...


anak : Abah, kenapa polis tu tembak orang tu?

bapak : sebab orang tu lari..

anak : kenape orang tu lari?

bapak : sebab orang tu xbaik.. 

anak : kalau macam tu  kerja abah macam tu jugak ker?   

bapak : ye la anak ku.. demi menuntut keadilan anakku..

semasa diorang tengah borak2 di ruang tamu, isterinya panggil masuk bilik tidor.. dan akhirnya tinggallah anak diorang sorang2 kt luar..

esoknya  seperti  biasa, si  anaknya tu kesekolah..


ketika anaknya di sekolah, satu kekecohan berlaku.. rakan sekelas anaknya telah membaling pemadam ke kepala sorang budak perempuan ni.. budak tu pn nangis la.. rakannya tu pn lari la untuk melepaskan diri dari kene marah dengan cekgu.. Amat dengan bangganya bangun dan kejar rakannya tu sampai dapat dan dia tembak rakannya tu... 

dan bila kejadian tu disaksikan oleh cikgu kelasnya...cekgu tersebut tanya Amat..

cikgu : Amattt!!! kenapa awak buat macam ni??!!!

Amat : sebab dia xbaik cikgu..dia baling pemadam tadi.. Abah saya cakap...kalau orang xbaik lari, kene tembak dia.. 

cikgu : jadi? kenapa awak tembak?

Amat : sebab saya nak menuntut keadilan la cikgu..adoyai cikgu nihh... 

cikgu : ????? 

-THE END-

moral : kalau nak citer kat budak2 kene citer bagi habis.. 





BAGAIMANA HENDAK KENAL PAK PANDIR

CiK CeNd@w@N: LAWAK cendawan:




* Dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang tu

* Dia faks surat dengan lekat setem diatasnya

* Dia cuba bagi ikan lemas dengan merendam ikan tu hidup2 dalam air

* Dia cuba tanya harga barang di kedai RM2

* Dia study hard untuk ujian air kencing

*  Dia tertinggal bas no.30, kemudian dia ambil bas no.10 tiga kali

* Dia fikir kumpulan Awanband tinggal di atas awan

* Dia sms vote peserta untuk Mentor musim 5 lepas

* Dia beri ayam di rebannya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan favourite ayam

* Dia tanya surat apa sebelum surat tersebut dibuka

* Dia kira penumpang lrt sebelum penumpang naik

* Dia sedang baca entry ni :)))


juz joking with u all..hehe 





TUTTI FRUTTI DI JITRA BUKA ESOK!!!

helloo... juz nak inform..kepada sesape orang di area perlis, kedah utara..bermula esok tutti frutti akan dibuka di Jitra.. berdekatan Jitra Mall..lepas ni kalau nak makan xpyh la teruk-teruk drive pegi sungai petani lagi semata2 nak makan bende ni jew okeyh..hahaha

and yang penting.. sempena pembukaan perasmian esok..ADA 50% DISKAUN!!!..jom2.. aaaa lamenyer xmam tutti frutti ni.... nyum nyumm nyumm..

iklan ni bukan cik cendawan dapat share ape pown oke..sekadar nak share info.. kan caring namenyer tu..kihkihkih tp kalau tuan kedai bace kasi la free i nak pegi  besok..hihihi 








p/s: harap maklum la kepada sesape yang berada di luar kedah..kedah lambat membangun.. :) tapi i like Kedah..what ever mu.. haha













TEST TAHAP KEBELITAN LIDAH KORANG

                                           

                                           

jom kita test tahap kebelitan lidah korang..haha cik cendawan memang terbelit bila baca yang perkataan omputeh nih.. haa jangan korang gelak kt cik oke...tgk korang pulak gimano citernyer..haha

p/s: bace laju-laju tw..

1..2...3 START!!!


Peter Piper picked a peck of pickled peppers.
Did Peter Piper pick a peck of pickled peppers?
If Peter Piper Picked a peck of pickled peppers, 
Where's the peck of pickled peppers Peter Piper picked?

She sells seashells by the seashore.
The shells she sells are surely seashells.
So if she sells shells on the seashore.
I'm sure she sells seashore shells. 

Red lorry, yellow lorry,

Which wristwatches are Swiss wristwatches?

How much wood would a woodchuck chuck
If a woodchuck could chuck wood?
He would chuck, he would, as much as he could,
and chuck as much as a woodchuck would
If a woodchuck could chuck wood. 




ha cmne rase lepas buat test? agak2 terbelit x..ade yang kena masuk ward opertion lidah ark? haha


ade x rupe cmnih ----------------->






oke..kalau xlepas yang tu..cube korang try cakap cmni pulak..ni bahasa dialek kedah.. oke cube try..kalau xlepas jangan kawen dengan orang utaqa noo..hahaha

semalam aku p qumah kak chaq sebab lapaq ayaq..masa aku sampai,.aku tempik kuat habaq kata ada ulaq ayaq besaq dok melingkaq kat ataih tikaq tepi pagaq qumah kak chaq..dia kata sabaq.. hang mungucap..jangan ketaq..Tuhan maha besaq.. tup2 lapaih tu ulaq tu pn teguling dalam aiq acaq....   

hahahaha bole kewwwww..hahahaha i'm pro in speking kedah u know.. hihi 


p/s: sesape nak belajr cakp kedah mai sini cek nak ajaq..