Wednesday, May 30

SELESAI MASALAH

CiK CeNd@w@N: LAWAK cendawan:


Al kisah cerita si anak dengan si bapak sorang ni di suatu tempat di Antartika..bapak si anak nie kerja dia sebagai polis nama Seman.. si anak ni baru darjah 1 nama Amat .. suatu malam diorang ada tonton satu cerekarama hujung minggu bersama..cerita tu berkaitan polis dan penjahat dan ada sesi tembak menembak..lepas cerita selesai si anak ni pn tanya la si bapak...


anak : Abah, kenapa polis tu tembak orang tu?

bapak : sebab orang tu lari..

anak : kenape orang tu lari?

bapak : sebab orang tu xbaik.. 

anak : kalau macam tu  kerja abah macam tu jugak ker?   

bapak : ye la anak ku.. demi menuntut keadilan anakku..

semasa diorang tengah borak2 di ruang tamu, isterinya panggil masuk bilik tidor.. dan akhirnya tinggallah anak diorang sorang2 kt luar..

esoknya  seperti  biasa, si  anaknya tu kesekolah..


ketika anaknya di sekolah, satu kekecohan berlaku.. rakan sekelas anaknya telah membaling pemadam ke kepala sorang budak perempuan ni.. budak tu pn nangis la.. rakannya tu pn lari la untuk melepaskan diri dari kene marah dengan cekgu.. Amat dengan bangganya bangun dan kejar rakannya tu sampai dapat dan dia tembak rakannya tu... 

dan bila kejadian tu disaksikan oleh cikgu kelasnya...cekgu tersebut tanya Amat..

cikgu : Amattt!!! kenapa awak buat macam ni??!!!

Amat : sebab dia xbaik cikgu..dia baling pemadam tadi.. Abah saya cakap...kalau orang xbaik lari, kene tembak dia.. 

cikgu : jadi? kenapa awak tembak?

Amat : sebab saya nak menuntut keadilan la cikgu..adoyai cikgu nihh... 

cikgu : ????? 

-THE END-

moral : kalau nak citer kat budak2 kene citer bagi habis.. 





BAGAIMANA HENDAK KENAL PAK PANDIR

CiK CeNd@w@N: LAWAK cendawan:




* Dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang tu

* Dia faks surat dengan lekat setem diatasnya

* Dia cuba bagi ikan lemas dengan merendam ikan tu hidup2 dalam air

* Dia cuba tanya harga barang di kedai RM2

* Dia study hard untuk ujian air kencing

*  Dia tertinggal bas no.30, kemudian dia ambil bas no.10 tiga kali

* Dia fikir kumpulan Awanband tinggal di atas awan

* Dia sms vote peserta untuk Mentor musim 5 lepas

* Dia beri ayam di rebannya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan favourite ayam

* Dia tanya surat apa sebelum surat tersebut dibuka

* Dia kira penumpang lrt sebelum penumpang naik

* Dia sedang baca entry ni :)))


juz joking with u all..hehe 





TUTTI FRUTTI DI JITRA BUKA ESOK!!!

helloo... juz nak inform..kepada sesape orang di area perlis, kedah utara..bermula esok tutti frutti akan dibuka di Jitra.. berdekatan Jitra Mall..lepas ni kalau nak makan xpyh la teruk-teruk drive pegi sungai petani lagi semata2 nak makan bende ni jew okeyh..hahaha

and yang penting.. sempena pembukaan perasmian esok..ADA 50% DISKAUN!!!..jom2.. aaaa lamenyer xmam tutti frutti ni.... nyum nyumm nyumm..

iklan ni bukan cik cendawan dapat share ape pown oke..sekadar nak share info.. kan caring namenyer tu..kihkihkih tp kalau tuan kedai bace kasi la free i nak pegi  besok..hihihi 








p/s: harap maklum la kepada sesape yang berada di luar kedah..kedah lambat membangun.. :) tapi i like Kedah..what ever mu.. haha













TEST TAHAP KEBELITAN LIDAH KORANG

                                           

                                           

jom kita test tahap kebelitan lidah korang..haha cik cendawan memang terbelit bila baca yang perkataan omputeh nih.. haa jangan korang gelak kt cik oke...tgk korang pulak gimano citernyer..haha

p/s: bace laju-laju tw..

1..2...3 START!!!


Peter Piper picked a peck of pickled peppers.
Did Peter Piper pick a peck of pickled peppers?
If Peter Piper Picked a peck of pickled peppers, 
Where's the peck of pickled peppers Peter Piper picked?

She sells seashells by the seashore.
The shells she sells are surely seashells.
So if she sells shells on the seashore.
I'm sure she sells seashore shells. 

Red lorry, yellow lorry,

Which wristwatches are Swiss wristwatches?

How much wood would a woodchuck chuck
If a woodchuck could chuck wood?
He would chuck, he would, as much as he could,
and chuck as much as a woodchuck would
If a woodchuck could chuck wood. 




ha cmne rase lepas buat test? agak2 terbelit x..ade yang kena masuk ward opertion lidah ark? haha


ade x rupe cmnih ----------------->






oke..kalau xlepas yang tu..cube korang try cakap cmni pulak..ni bahasa dialek kedah.. oke cube try..kalau xlepas jangan kawen dengan orang utaqa noo..hahaha

semalam aku p qumah kak chaq sebab lapaq ayaq..masa aku sampai,.aku tempik kuat habaq kata ada ulaq ayaq besaq dok melingkaq kat ataih tikaq tepi pagaq qumah kak chaq..dia kata sabaq.. hang mungucap..jangan ketaq..Tuhan maha besaq.. tup2 lapaih tu ulaq tu pn teguling dalam aiq acaq....   

hahahaha bole kewwwww..hahahaha i'm pro in speking kedah u know.. hihi 


p/s: sesape nak belajr cakp kedah mai sini cek nak ajaq.. 





















Friday, May 25

SOALAN TEMUDUGA PENDIDIKAN

Hai korang.. pagi tadi selesai sudah interview pendidikan cik cendawan..fuhh alhamdulillah selamat semuanya berjalan dengan lancar..agak menarik jugak la soalan time interview td...haha kebetulan orang yang menemuduga tu pn orang uum jugak.. so cik cendawan kenal2 la jugak walaupun diorang xkenal cik pn..huhu

mula-mula kena kenalkan diri dulu..opss lupa gtw..sebelum masuk ketuk pintu dulu taww.. kat situ pn diorang dah stat menilai kita.. korang kena la cakap ja apa2 yang berkaitan dengan backgroud korang agar perbualan antara korang dan diorang xstop disitu saja n terkaku.. cita la asal mane,umor, bidang korang belajar dulu., hobi,.. ha dekat part hobi tu... cik cendawan jawab la cik ni suka blogging.. dia minta la apa jnis blog yang cik cendawan buat..so i citer la semuanya.. time part kerja sekarang tu..cik cendawan gtw la cik sedang berkhidmat dgn uum.. diorang terkejut kot...haha diorang xsangka orang uum ni mintak.. so stat dari situ mula la diorang tanya soalan ntah ape2.. bila nk kahwin la.. knapa secretary dikaitakan dengan sexy la.. adoyai jenoh jugak la cik nak menjawab soalan ntah ape2..tp wt muka cool ja la kn n jawb dgn hormt dh diorang tu penemuduga cik..lau kt luaq memang dh kene dh..haha ade jugak diorang tanye..kalau dapat untuk menjadi guru ni..cik cendawan sanggup x tinggalkan kerjaya sekarang.. sertamerta cik jawab saya sanggup berhenti kerja demi nak capai cita-cita yang saya impian dari dulu hingga kini.. senyum ja diorang dengar..huhu

then lepas tu baru la back to formal..soalan yang killer yang akan ditanya kepada setiap bakal guru adalah "kenapa anda minat untuk menjadi seorang guru"... tp kalau sapa yang memang mempunyai minat dalam bidang perguruan memang xde masalah la nak menceritakan..ha nak gtw la kan..dalam sesi interview jangan la sesekali korang menipu.. sebab soalan tu akan patah balik kat korang oke..so jawab dengan jujur..

then diorang mintak cik mengajar satu jnis masakan apa2 pn.. cik pn ttbe je tringat la pesanan ibu cik cendawan.. dia kate kalau diorang mintak mengajar., ajr je care buat coklat.sebab cik selalu buat coklat. so cik cendawan ajar la diorang cara cmne nak buat homemade chocolate.hahaha bukan ape..diorang suruh mangajar sebab nak tgk suara kelantangan dan cara penyampaian kita.. alhamdulillah berjalan lancar sesi mengajar tuh..haha  ha tp tw x. elok je dekat pintu nak keluar.. da sorang interviewer tu cakap..jangan blog time keje sudah la.alahai cm kene kt batang idung cik jew..cepat2 cik balas..saye update time ujung minggu jew..puih kan dh kene bohong ngn i..hihihhi

lepas je cik keluar tu..baru cik perasan..diorang xtanya pn soalan pengahuan am ke isu semasa ke.. rasenya masa banyk habis dekat diorang tanya cik pasal kerja kt uum tuh.. huhu

cm kawan interview cik tadi ada yang diorang tanya tema hari guru taun ni tw..tema hari guru taun ni ialah.."guru menjana transformasi pendidikan negara".. ha take note cepat..haha

ada jugak diorang tanya tw pasal MBMMBI.. ha korang tw x ape..ha search la oke.. dia pnya perkataan panjag dia.. "memartabatkan bahasa melayu, mempertingkatkan bahasa inggeris"... ha ingt tu..penting tu..

and jangan lupa untuk prepare dalam bahasa inggeris jugak.. diorang akan tanya jugak dalam bahasa inggeris untuk nilai kita punya tahap penguasaan bahasa inggeris..xkira la korang apply cikgu bm ke sejarah ape ke.. diorang akan tnya jugak bahsa inggeris walaupun sedikit dan kita perlu jugak menjawab dalam bahasa inggeris.. bersedia ya..

ha oke la..setakat tu ja la kot cik dapat kongsikan..harap2 cik berjaya la melepasi kreteria yang dikehendaki untuk menjadi seorang guru..aminn

         
             





TIPS TEMUDUGA PENDIDIKAN


Ini adalah berdasarkan pengalaman seorang pensyarah iaitu Dr.Ibrahim di IPGM KDRI dalam mengendalikan beberapa siri temuduga penting!.


PERKARA YANG MENJELIKKAN PENEMUDUGA
Berikut adalah perkara-perkara atau elemen yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :
§  Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
§  Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
§  Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
§  Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
§  Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
§  Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda

Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat kerjaya tersebut.
                                

KAWAL EMOSI SEMASA TEMUDUGA

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah:
§  Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
§  Jawab dengan jelas dan lantang
§  Kikiskan sifat ego anda
§  Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas
§  Banyakkan senyuman
§  Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain
§  Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap kerjaya yang ditawarkan
Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak, dan jawablah dengan fikiran yang tenang.
                           
Semoga tips ini akan terus membantu.Insyallah..


sumber: cikgumalaysia

TEMUDUGA PENDIDIKAN..

Hai korang.. hari sabtu ni cik cendawan dapat untuk temuduga pendidikan tw.. xsangka pulak yang time ujian medsi hari tu cik lulus.. alhmdulillah.. so hari ni memandangkan cuti hari jumaat..so ada la masa untuk cik cendawan prepare untuk interview esok..ada sesape leh kongsi pengalaman or tips x untuk interview pendidikan ni? kalau ade share la dengan cik and pembaca yang lain..sharing is caring kannn...hehe sebelum ni ada jugak cik tanya kawan2 cik yang dah berjaya lepas tmuduga tu and dah dalam pengajian pn.. ada yang cite diorang kena berlakon ala2 cikgu gitu.. aduhh takut cik cendawan dengar.. pandai ke cik ni nak belakon mengajar dalam kelas..huhu berleter cik pandai la..tp nak explain cik xbrape nak pandai sangat kot..hehe ada jugak kawan cik yang lain kena ceritakan apa yang kita tahu tentang bidang yang kita apply tu..macam cik cendawan ni..cik apply kemahiran hidup.. takut la jugak buat diorang tanya pasal pertanian ke elektrik ke kayu ke.. yang cik tahun pn kh ekonomi rumah tangga..tu je la..itu pn sebab time sekolah menengah belajar ert.. kalau perdagangan tu bole la skit kot sebab ada la jugak basic time belajar di politeknik dulu..tp dh hbis lupe dh..so hari ni bajet nak cari la balik note2 dalam internet kot ada... isshh risau la cik..haha korang doakan cik berjaya ye..moga harapan dan cita2 cik untuk jadi seorang pendidik yang cik tanam dari kecik tercapai.. wah2 falsafah seket hari ni ye..hihi and kejap lagi kalau cik sempat cik upload pasal soalan yang sering ditanya oleh penemuduga oke..harap korang yang lain yang berjaya untuk temuduga pendidikan ni jugak dapat jawab dengan jayanya oke.. sekian..daaa


          
 EEEE TAKUT LA..TAKUT GUGUP TIME INTERVIEW..HOPE SEMUNYA BERJALAN LANCAR..AMINN