Sunday, August 26

Tips Untuk Orang Frust Bercinta..



manusia ni kalau sedang dilamun cinta memang best..ibarat dunia ni hanya kita berdua.. tapiii...mai ja part putus macam apa lagi kan..huhu xsalah bercinta.. CC pn sedang bercinta..acece nak menyelit jugak kan..hehe tapi biasa la.. ada yang bercinta sampai ke jinjang pelamain dan ada jugak yang xsampai setahun pn bercouple...

apa pn bagi yang frust menonggeng tu jangan la kita lupakan Tuhan.. jangan la abaikan family dan orang sekeliling kita..ramai lagi orang yang menyayangi kita.. ni sampai ada yang bunuh diri.. xtahu la apa nak jadi..

Tuhan ada bagi cara yang senang untuk kita lupakan semua tu..cuba baca potongan ayat alquran ni.. insyallah sedikit demi sedikit kita dapat melupkan si dia dengan pertolongan dari-Nya..


cara-caranya macam ni.. :


renung-renungkan dan selamat beramal.. :) 

Wednesday, August 15

Tips Ringkas Berseri di Hari Raya




Hari raya akan datang xlama lagi.. "alamak muka masih sememeh ni"!! macam mane erk nak makeover muka kita ni menjadi cantik dan segar dalam masa terdekat ni.. ??

haa hari ni CC nak berkongsi serba sedikit mengenai tips pantas untuk muka segar dan cantik.. suke x ape yang korang search ni akhirnya dapat di blog nih? aceceh hehehe

tips yang CC nak kongsi ni bagi CC adalah cara yang mudah dan ringkas.. ok.. jom follow step ni..

1. dalam sehari or malam sebelum raya tu korang scrub la muka tuh untuk buang sel2 kulit mati.. sel kulit mati itulah yang membuatkan muka kita menjadi kusam.. then lepas scrub gunakan mask untuk merangsang pertumbuhan sel-sel kulit yang baru..


2. untuk memberikan kesegaran pada tubuh.. sehari sebelum raya, korang mandi la @ berendam dengan menggunakan aroma terapi kegemaran korang untuk membangkitkan kesegaran badan kita yang letih..


3. malam sebelum raya tu korang tidor la awal kalau boleh untuk buat muka korang bagun pagi esok nampak segar..tapi CC sure perempuan memang jarang akan tidor awal malam raya sebab banyak nak diuruskankan..hehe so tips ni untuk siapa yang berkesempatan je la kan..


4. pagi raya pulak korang bersiap la cantik2 sikit.. ok follow step ni untuk makeup:


i) lepas cuci muka..pakai la toner/fresher pada muka..then sapukan pelembap..

ii) sapukan concealer pada cela atau jerawat yang ada pada wajah untuk menutup kekurangan tersebut.kalau boleh biar concealer tu betul2 kering tw baru pergi ke next step..

iii) sapukan makeup base pada wajah untuk membuatkan makeup pada wajah kekal lama.. kalau  xada makeup base tu abaikan je.. then skip step ni..

iv) kemudian sapukan foundation secara rata ke seluruh wajah.. pastikan rata tw.. bila xrata nanti tahu la korang padahnyer..heheh

v) then lepas tu sapukan bedak pada wajah..untuk bedak tu terpulang pada korang.. boleh pakai bedak compact @ loose powder.. kalau boleh gunakan yang mineral.. kesan dia akan lebih cantik kalau pakai bahan dari mineral ni..

vi) ha lepas selesai semua tu bolehla start makeup mata.. sblm tu pakai la bulu mata pelesu tuh..hehe tehn lukiskan kening dan mata..lepas tu pakai eye shadoq.. kalau teknik makeup mata ni korang google search je.. macam2 stail korang boleh follow..janji jangan terlampau over sudah la stailnyer tu..hehe

vii) then pakai la mascara untuk kaci bulu mata lentik.. haa..kalau nak cantik lagi..korang pakai la contact lens yang berwarna.. confirm memang automatik berubah wajah dan seri la.. tapi  pakai la contact lens yang sesuai dengan warna kulit..jangan la korang hentam oren pulak kalau kulit korang tu agak gelap..

viii) kemudian, sapukan blusher pada tulang pipi korang untuk menaikkan pipi korang yang comel tu.. pilih warna yang bersesuaian dengan kulit.. untuk kulit yang sawo matang  sesuai dengan warna peach.. pink pulak sesuai untuk yang berkulit putih.. teknik sapuan pun kena tahu tw.. sebab lain bentuk muka lain teknik sapuannya.. p/s: rajin2 google searh ye..

viiii) lepas tu boleh la sapukan sedikit gincu dan pengilat bibir untuk tampil bibir yang mungkil dan manis..

oii) akhir sekali semburkan wangian pada badan dan baju korang..

oiii) ops ada lagi.. then gayakan la baju raya dan kasut raya korang yang vouge tu.. surely memang cun la!!

oke selamat mencuba.. :)



Tuesday, August 14

Ucapan Hari Raya


ni ja kad raya "e-card" yang mampu dihasilkan dari CC.. hehe biar pn xbrape cantik tapi ikhlas buat untuk korang ni tw..hehe 

semoga raya tahun ini lebih bermakna kepada kita semua.. yang jauh kita dekatkan..yang dekat kita rapatkan.. yang bergaduh kita baikkan..yang tengah couple kita kawinkan cepat..yang baru kawin cepat2 kan dapat anak.. hehehhee

maaf zahir dan batin atas kesilapan atau kesalahan yang CC lakukan secara "ter" atau sengaja lakukan sepanjang penulisan CC di blog ini.. 

kepada pengguna jalanraya.. memandu lah berhati-hati balik ke kampung ni.. memang sure jalan akan jem teruk tapi xlari pun kampung korang dikejar.. :) 

Sunday, August 12

Suasana Raya Dulu dan Kini


   



"Hari raya semua bagaikan nak gila..
Bila puasa buat-buatlah lupa..
Berpakaian semua harus sepadan..
Tapi puasa xcukup sebulan.."

ewahhhh.. ingat lagi x korang tentang lagu ni..lagu ni dinyanyikan oleh geng pelawak Senario.. bes jugak lagu ni kalau layan.. lirik dia dalam lawak ada jugak unsur sindiran nasihat..hehe

kalau nak diceritakan suasana hari raya ni memang menarik la.. hari raya la hari berkumpul adik beradik sanak saudara yang terdekat.. memang meriah.. meriah dengan baju rayanya..meriah dengan kuih muih.. xsabar pulak rasanya..hehe

tapi suasana hari raya tahun ini mungkin sedikit kekurangan kerana perginya nenek kesayangan kami semua.. kalau dulu hari raya pertama jangan cakap la..memang sangat2 penat melayan tetamu yang datang.. bukan apa..nenek tinggal dengan family kami.. sedara semua akan datang ke rumah kami la kalau nak beraya dengan nenek.. kalau kami di kedah kami panggil nenek kami "tok"..

pemergian dia pada bulan 3 tahun ni memang amat mensayukan hati kami semua.. kami tak pernah kehilangan orang yang terdekat..dan itulah jugak kali pertama CC tengok pengurusan jenazah dari awal sampai akhir..

tapi apa pun CC bersyukur sebab dapat menjaga tok disaat dia hampir2 meninggalkan dunia ini.. CC ingat lagi.. CC la orang yang terakhir yang menyuapkan dia makan sebelum beberapa jam dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.. CC suapkan dia nesvita.. dan itulah makanan terakhir yang masuk ke dalam kerongkong tok.. sebaknya rasa bila terkenang dia..

kami memang selalu bergaduh.. tapi kami rapat.. bukan apa..biasala orang tua2 ni..mulut banyak.. hehe ade je dia nak cari pasal dengan CC tiap hari.. tapi tu semua kenangan manis buat CC dengan dia..

sampai ke sekarang.. boleh dikatakan tiap malam nak tidor mesti akan teringat dia... moga roh tok dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan golongan orang2 yang beriman..aminnn..

tok..ema sayang tok.. kenangan kita bersama dari ema kecik sampai la saat tok menghembuskan nafas terakhir xakan ema lupakan..

semoga sambutan hari raya tahun ni bermakna dan masih ramai lagi sanak saudara yang berkunjung ke rumah walaupun ketiadaan tok di sisi kita semua..

*menitik air mata CC bila taip entry ni* :(

dan kepada readers sekalian.. selamat menyambut hari raya.. :)

Monday, August 6

Cerita Mak Andeh Yang Bangang





hello semua.. hari ni nak berkongsi cerita pasal sorang mak andeh yang sangat la bangang.. rasenya lebih teruk dari citer pak pandir..hehe malu den nak cito pn... tapi xpe la cite ja la kurang2 hilang la sikit rasa kebangangang ni kebodohan dan .. whateva..

pagi tadi.. pulun la bukak internet banking Bank Islam..konon nak usyar la duit gaji brapa yang ada..sekali cek!! rasa cam nak pitam je duit xbeganjak sikit pun dalam akaun.. berkurang tak, bertambah apatah lagi memang la tak..!  time2 tu jugak naik meroyan dibuatnya CC dalam opis..



last2 CC gi kat Jabatan Bendahari untuk confirm pasal gaji tu.. tapi bila gi check diorang cakap memang dah settle payment gaji tu.. hah sudahh.. pastu diorang suruh gi settle dengan bank maybe ada problem.. then CC pun terus la gi bank..

tapi bukan berita baik yang CC dengar.. Bank cakap memang xada sebarang tranksasi dalam seminggu ni.. wowww..panasss.. lemah lutut,lemah jantung lemah segalanya bila dengar.. then balik pulak ke opis, terus tuju ke Jabatan Bendahari..

bila dah xsettle dengan orang bawahan diorang terus bawak jumpa pegawai la untuk handle macam mana kes ni.. then pegawai tu pun call la orang bank.. bila diorang cek.. duit gaji CC dimasukkan atas nama ORANG LELAKI!!!  oh tidak ku sangka macam mana boleh berlaku kesilapan macam ni..hmm

pastu bincang punya bincang antara pegawai bendahari tu dengan orang bank diorang decide untuk tarik balik duit yang tersalah masukkan tuh.. so lega la CC kat situ..

then diorang chek balik no akaun CC.. diorang cakap maybe tersalah kaci akaun nombor dulu.. so kerani diorang bukak la fail balik cari.. tup2 bila check balik.. NO AKAUN YANG DULU DAN SEKARANG TAK MATCH!!!

cuak CC kat situ.. dalam hati "mampus dah aku masukkan akaun sape..??" then pegawai tu call balik orang bank untuk dapatkan pengesahan siapkahkah yang dikatakan LELAKI itu.. sekali nama tu abang CC daaa.. abang kandung CC..

malu tahap gaban..xtahu nak menyorok muka di mana...rasa macam nak menyorok bawah meja pun ada time tu..malu2..

benda tu boleh silap sebab waktu CC isi borang hari tu CC isi time tengah bz buat kerja.. no akaun CC, CC simpan dalam list phone aje... xsangka pulak boleh silap tengok akaun number yang abg CC punya.. adoyaiii memang kerja yang sangat bodoh lagi memalukan..

nasib la abg CC sendiri.kalau orang lain mahu hangus duit gaji CC... then untuk setlekan kerja..CC pun call la abang CC dan explain apa yang terjadi..nasib la ok semuanya..dan dia pun akan bank in kan balik duit CC tu kat akaun CC.. fuhh settle!



so moral value for today: 1. Janganla simpan no akaun dalam phone
`                                     2. Jangan buat 2 kerja dalam satu masa
                                      3. Kalau bab bank ni jangan la dipandang ringan
                                      4. Jangan lah jadi macam "mak andeh"korang ni..

okey la.. den dah malu nih..dah xtahu nak sorak kat mano muka den yang lawa ni.. den nak lari gi sorok muka bawah kuali tu la kejap..bye...




Saturday, August 4

PRU13..PANASSSSS...



hmm itula topik yang akan difamouskan CC hari ni...hehe  rasanye CC still kecik lagi untuk membuat pilihan mengundi walaupun muka ni dah boleh jadi mak orang..hehe apasl cepat sangat masa berlalu.. dah pn capai umor 21 dan dah boleh mendaftar untuk mengundi.. CC sekarang dalam proses pemantauan parti yang yang ada di Malaysia ini.. banyak sangat parti kan.. melalui persembangan CC dengan member2 CC yang lepas2.. kebanyakan orang muda sekarang tak berminat untuk mengundi... ini kerana politik di Malaysia semakin hari semakin kotor..

kalau dulu asalnya nak memperjuangkan nasib bangsa Malayu, nak memartabatkan Islam, nak bela nasib rakyat.. tapi kebelakangan ni semua tu dah jadi macam bukan isu utama.. yang diorang tahu nak  mengata sesama sendiri dan mencari salah dan membuka pekung masing2.. CC xde la cakap sokong mana2 parti tapi tolong la kembali kepada tujuan utama kita.. Malaysia terkenal dengan negara demokrasi.. so janganla kita musnahkan pandangan orang asing terhadap negara kita..

kalau kita asyik gadoh ja xpuas hati sana sini, orang asing gelak je dengan sikap kita.. time tu la saat diorang nak kucar kacirkan kita dan dengan mudah diorang nak takluk negara kita.. bukan CC cakap kosong... dah banyak contoh negara dah yang jadi seperti itu.. nak ke negara kita dijajah sekali lagi.. cukup2 la korang wahai warga Malaysia sekalian..

So sempena bulan kemerdekaan dan lebih2 lagi bulan Ramadhan ni tolong la kita baiki sikap masing2..jangan la asyik nak menuding jari mencari salah masing2.. cubalah kita bersatu untuk membentuk satu negara yang aman dan dirahmati Tuhan..

akhir kata, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 55.. saya sayang Malaysia..


pesanan ikhlas daripada CIK CENDAWAN (CC)  :) peace no war.. 

Wednesday, August 1

Suka Duka Kehidupan Silih Berganti..





haloo assalamualaikum semua.. rasanya dah lama sangat cik cendawan xmuncul memfamous kan diri ni di ruangan ini..hehhee tetiba hari ni rasa nak update sesuatu kebetulan tengah boring dan xbanyak keja menanti.. sejak kebelakangan ni cik sangat sibuk dan xsmpat nak update blog.. banyak kan sawang..fuh..fuhh.fuhhhh..*buang habuk*..hahaha lagipun cik buat blog ni bukanlah untuk mencari keuntungan atau populariti..blog ni cik cendawan create sebab untuk berkongsi apa yang terlintas dan apa yang rasa perlu dikongsi dengan sesama kita.. :)

sempena bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini cik nak ucapakan selamat berpuasa buat seluruh umat Islam di seluruh pelusuk dunia..moga Ramadhan kali ni membawa keberkatan dalam hidup kita dan moga Ramadhan kali ini bukanlah Ramadhan yang terakhir buat kita...

btw, sepanjang cik menyepi di dunia blog ni macam2 perkara yang diduga oleh Allah untuk cik cendawan.. tapi apa pun cik redha dengan ketentuan Illahi.. Berat untuk dikongsi dan berat jugak untuk disimpan dalam hati.. :( tapi apapun setiap apa yang diduga itu pasti ada hikmahnya dan Tuhan uji seseorang hambanya kerana Dia sayang akan hambanya..

oke la kita tutup la cerita sedih..kita bukak pulak cerita hepy2..hehe Fyi, kebelakangn ni banyak kawan2 cik yang sudah berkahwin.. ermm..jelous tu ada la jugak kan...hehe dengar cite sronok kahwin muda ni.. boleh elakkan maksiat kan..hehe tapi xpela,,jodoh belum sampai lagi.. ada tu dh ade cuma masa belum sesuai lagi kot.. harap2 cik dapat la seorang suami yang soleh dan dapat membimbing cik dan anak2.. :)