Sunday, August 12

Suasana Raya Dulu dan Kini


   



"Hari raya semua bagaikan nak gila..
Bila puasa buat-buatlah lupa..
Berpakaian semua harus sepadan..
Tapi puasa xcukup sebulan.."

ewahhhh.. ingat lagi x korang tentang lagu ni..lagu ni dinyanyikan oleh geng pelawak Senario.. bes jugak lagu ni kalau layan.. lirik dia dalam lawak ada jugak unsur sindiran nasihat..hehe

kalau nak diceritakan suasana hari raya ni memang menarik la.. hari raya la hari berkumpul adik beradik sanak saudara yang terdekat.. memang meriah.. meriah dengan baju rayanya..meriah dengan kuih muih.. xsabar pulak rasanya..hehe

tapi suasana hari raya tahun ini mungkin sedikit kekurangan kerana perginya nenek kesayangan kami semua.. kalau dulu hari raya pertama jangan cakap la..memang sangat2 penat melayan tetamu yang datang.. bukan apa..nenek tinggal dengan family kami.. sedara semua akan datang ke rumah kami la kalau nak beraya dengan nenek.. kalau kami di kedah kami panggil nenek kami "tok"..

pemergian dia pada bulan 3 tahun ni memang amat mensayukan hati kami semua.. kami tak pernah kehilangan orang yang terdekat..dan itulah jugak kali pertama CC tengok pengurusan jenazah dari awal sampai akhir..

tapi apa pun CC bersyukur sebab dapat menjaga tok disaat dia hampir2 meninggalkan dunia ini.. CC ingat lagi.. CC la orang yang terakhir yang menyuapkan dia makan sebelum beberapa jam dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.. CC suapkan dia nesvita.. dan itulah makanan terakhir yang masuk ke dalam kerongkong tok.. sebaknya rasa bila terkenang dia..

kami memang selalu bergaduh.. tapi kami rapat.. bukan apa..biasala orang tua2 ni..mulut banyak.. hehe ade je dia nak cari pasal dengan CC tiap hari.. tapi tu semua kenangan manis buat CC dengan dia..

sampai ke sekarang.. boleh dikatakan tiap malam nak tidor mesti akan teringat dia... moga roh tok dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan golongan orang2 yang beriman..aminnn..

tok..ema sayang tok.. kenangan kita bersama dari ema kecik sampai la saat tok menghembuskan nafas terakhir xakan ema lupakan..

semoga sambutan hari raya tahun ni bermakna dan masih ramai lagi sanak saudara yang berkunjung ke rumah walaupun ketiadaan tok di sisi kita semua..

*menitik air mata CC bila taip entry ni* :(

dan kepada readers sekalian.. selamat menyambut hari raya.. :)

No comments:

Post a Comment