Wednesday, December 26

Review 2012(untuk renungan zaman tua nanti)huhu


Salam Uols.. dah lama tidakku muncul di blog ni.. actually xtahu nak update ape.. rating viewer sebenarnya akakkk xkisahh sgt pown.. blog ni dijadikan untuk tatapan bila zaman tua2 nanti.. biasa la otak manusia ni bukan boleh simpan lama2 story sedih ke story beshh ke..sbb banyak story yang jadi dalam sehari kan.. ni pn story2 yang ada dalam blog ni pn sudah ditapis oleh LPF..kihkihkih

oke back to the title yang dimentionkan above tu, 'review 2012'... hurmmm banyak kalau nak diikutkan.. suka dan duka sama banyak actually.. erm kat mane nak start dulu eh..panjang sgt nk citer..tp kalau korang rajin khatam je la..kalau mls its oke..it juz for share my moment.. everyone hve their moment right.. huhu

oke kat sini ------♥

♥♥♥♥ tahun 2012 bermula dengan cerita yang agak sedih bile my dad masuk ward pada penghujung tahun 2011 disebabkan diabetis dan doktor terpaksa potong kaki kiri my dad sebab xdapat nak diselamatkan lagi.. time tu kebetulan aku baru je tamat pengajian diploma.. sedih sangat..sebab kalau setakat potong jari kaki tu mmg my dad dah kerap..huhu sblum potong kaki tu rasenyer dah 3 jari dipotong doktor..huhu time di hospital aku n  mom menjaga my dad sama2.. kami adik beradik kena kuat n kena bagi semangat pada my dad sebab time tu my dad memang lost sangt pikiran die.. n pada 21.12.2011 kaki my dad dipotong..hampir sampai ke betis jugak kena buang.. sabor je la.. tp allhamdullah semuanya selamat.. n alhamullah sampai sekarang my dad sihat n xsakit2 macam dlu even xde kaki sebelah.. apa guna ada bini n anak ramai kan..tolak je la dgn wheelchair usop die tu pagi petang dpn rumah jenjalan..huhu

lepas tu, my dad n my mom rancang nak belikan kereta untuk aku.. cewah2 time hati berbunga uollss sebab diorang nak hadiahkan kereta..huhu n 5.1.2012 impian aku untuk miliki kereta tercapai.. bukan aku yang minta oke..my parents nak kaci hadiah so terima je lahh..

dan seperti biasa setiap 5februari aku dan my hubby akan celebrate hubungan kami.. 5.2.2012 tepat selama 3tahun kami berhubungan.. tapi xcelebrate kuar makan2 pn..juz masing2 wish ayat2 jiwang gitu..hehe maklumlah masing2 bajet xde lagi time tu..hehe

then bila dah lama stay kat rumah mula lah rase nak cari keje sementara nak sambung study dgree bulan 9 kononnya.. so dapat la keje tu..alhmdullah rezeki kerja aku murah.. mungkin dari bidang admin ni mudah nak dpt kerja.. so dapat la keje sebagai setiausaha kat sebuah syarikat kecil di Alor setar.. tp xtahann uolls.. seminggu je  keje.. hahaha bukan aku sorang je macam tu.. memang syarikat tu staf di keluar masuk je sebab perangai bos macam apa lagi ntah.nak sebut nanti kang korang kate aku mencarut lak kan..huhu so berenti la  bila cukup seminggu.. (xtahu la gaji ntah masuk ntah x keje seminggu ari tu)...huhu

sejak berenti keje tu aku jadi penganggur terhormat la kejap kan..huhu tapi Allah maha mengetahui apa akan berlaku.. nenek aku sakit tua.. (nenek aku tinggal dengan my fmily) die memang xde sakit ape2.. tpi bila kiteorang ni tiap2 hari ngadap dia, so kiteorang nampak la perubahan die sikit2..kiteorang perasan perubahn dia seminggu sebelum die meniggal.. so panggil la semua adik beradik sedara mara yang jauh balik.. alhamdullah semua anak,cucu,cicit n kawan2 dia datang dan dia sempat berjumpa..tp time diorang semua datang ziarah tu mulut dia xboleh paham ape yang dia nak sampaikan.. cuma aku n my mom je orang last yang boleh dengar dia cakap clear sebelum lidah die jadi klu.. tp petang terakhir dia boleh bercakap tu ade dia sampaikan satu amanat.. tp time tu juz aku n my mom je ade.. amanat tu xboleh pakai sebab xde anak lelakinya waktu itu..so kami berdua mendiamkan ja la apa yang dia amanat kan tu sebab amanat tu berkaitan harta.. dan jika kami sebut takut adik abg kakak my mom akan bergaduh sebab amanat tu macam berat keseebelah my mom.. disebabkan my family bukanlah "gila harta' so kami diamkan n bahagi ikut hukum syarak.. tanggal 19.3.2012 nenekku telah diseru panggilan Illahi untuk menemui Yang Maha Esa.. rohnya sangat senang bila dilihat.. tiada sebarang sentap ketika rohnya ditarik sedikit demi sedikit... dan pukul 12.30 mlm beliau pergi untuk selamanya di dunia ini.. dan sepanjang hidup aku selama 20 tahun di dunia ini..inilah kali pertama saudara terdekat aku yang meninggal  dan terjadi di depan mataku.. pemergiann nenekku amat memilukan smua anak dan cucu cicit beliau...moga dia ditempatkan dengan orang2 beriman.........


25.3.2012 adlah tarikh konvokesyen aku.. setelah 2tahun berpenat lelah belajar aku berjaya mendapat diploma.. dan alhamdulillah sepanjang 4 semester aku di politeknik pauh.. setiap semester aku berjaya mendapatkan anugerah ketua jabatan.. dan pada hari konvokesyen aku dianugerahkan anugerah pingat ketua jabatan sebagai penghargaan dalam sepanjang pencapaian akademik aku..akhirnya impian dan misi aku sewaktu menjejak kaki di politeknik pada hari pertama telah berjaya dengan sempurna..  terima kasih Allah..

dan pada 25.3.2012 juga, tarikh keramat untuk aku melaporkan diri sebagai pekerja di Universiti Utara Malaysia sebagai Setiausaha di sana.. tak terkata bertapa gembirnya aku waktu tu.. setelah kesedihan peniggalan nenek, Allah berikan khabar gembira kepadaku.. tak terduga aku yang aku diberikan kesempatan untuk menjadi seorang wanita yang berkerjaya dalam usia yang sangatt muda.. dan begitu mudah untuk aku dapat kerja di bwah sektor kerjaan.. allahmdullah impian aku tercapai.. Terima kasih Ya Allah..

selepas beberapa bulan berlalu suka duka, tibalah 9.6.2012.. my birthday!! heee yang ke-21.. alhamdulillah Allah bagi tubuh ni masih bernyawa pada usia 21 tahun..dan moga tubuh ini dapat lagi bernyawa untuk menikmati nikmatmu Tuhan..

selepas bersuka timbullah pulak duka.. pada bulan Julai 2012..iaitu 2 Ramadhan.. aku mendapat satu kejutan yang besar.. dan mungkin yang terburuk pernah berlaku pada diriku... biarlah kisah ini terkubur di dalam kenangan.. hampir beberapa minggu lamanya untuk aku kuat kembali bangun untuk teruskan hidup..

Aku diuji sekali lagi.. kereta yang dipandu aku pada petang 16.10.2012 mengalami kemalangan.. salah aku jugak yang membuatkan kemalangan tersebut berlaku.. kereta bertembung kereta di persimpangan 4.. Alhamulillah semua yang terlibat dalam kemalangan tidak mengalami sebarang kecelakaan.. akhirnya semua settle di balai polis.. dan aku kena la bayar kompaun.. nak dijadikan cerita kereta aku pulak juz pakai third party je.. memang xcover la kereta aku..juz cover kereta yang satu lagi je.. time tu nasib la ada sikit duit simpanan sendiri.. dan nasib la kawan2 banyak membantu.. diorang la yang pergi setlekan bab kereta yang remuk teruk tu.. fuhh kalau tegok gamber xcident hari tu memang menyayat hati ni..

♥♥♥12.12.12♥♥♥ hey uollss ni bday my hubby muchux laaa..huhu (cewah macam nak bagi satu dunia tahu yang hubby bday tarikh cantik..hahhaa tp malang.. xdapat sambut sebab this month my hubby very buzy dengan keje.. kalau keluar pn xsempat nak sambug meriah2 sebab jumpa pn kuar kejap2 je.. xpe la b..jnji u still syg i n sanggup layan kerenah i yang ntah ape2 ni..hehehe

so hari ni and hari seterusnya ape yang akan berlaku kan agaknya..ntah masih boleh bersujud kepda Illahi ataupun tiada lagi insan yang sedang menaip cerita ini di muka bumi Tuahn..Stiap yang hidup pasti akan mati..ingat tu..  ape2 pn doakan semuanya baik2 belaka kan.. aminn

that's all la rentetan cerita yang berlaku sepanjang 2012 ni.. ada suka ada duka.. tapi semua ini Allah dah tentukan.. seperti yang kita smua tahu,, rezeki, jodoh petemuan, hidup, mati semuanya telah ditentukan oleh Allah Yang Maha Esa..

akhir kata renungkanlah kata2 ini sampai termenung.. ♥


♥♥♥KADANGKALA ALLAH SEMBUNYIKAN MATAHARI, KEMUDIAN DIA TURUNKAN HUJAN DAN DATANGKAN RIBUT DAN PETIR, KITA BERSEDIH... KEMANAKAH HILANGNYA MATAHARI...RUPA-RUPANYA ALLAH NAK HADIAHKAN KITA SEBUAH PELANGI YANG INDAH♥♥♥

♥thanx kepada semua yang sudi baca sampai tamat kisah cik cendawan♥ luv u oolss




































No comments:

Post a Comment