INFO ISLAMIC cendawan



QARIN.. SEMUA ORANG ADA "QARIN"... 

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’ manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”
Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu.

sumber:  MyIbrah..









PELINDUNG DARI GANGGUAN SIHIR DAN JIN!!!


"Dan kami turunkan dari al-Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yg beriman dan Al-Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian". ~ Al-Isra' juz 15 ayat 82~
'MANZIL' mengandungi beberapa ayat al-Quran yang telah diajar oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat sebagai Syifa' (penawar dan ubat) dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari sihir dan syaitan. Hadis Sahih mengenai amalan ini terdapat di dalam kitab "HAYATUS SAHABAH" (Jilid 3 ms 334) yang dikarang oleh As-Syeikhul Kabir Maulana Yusuf rah. Hadis ini telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Tirmizi.
Ubai Ibn Kaab RA meriwayatkan: Sewaktu bersama Rasulullah SAW, seorang badwi telah datang kepada baginda dan berkat, "Ya Rasulullah SAW ,saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit. "Penyakit apa?" bertanya Rasulullah SAW. "Sejenis gila" jawab orang tersebut. Rasulullah menyuruh orang itu membawa saudaranya. Rasulullah membacakan surah Al-fatihah, 4 ayat pertama Surah Al-Baqarah, ayat yang bermula dengan Wailahukum ilahun wahid...., ayat Kursi dan dua ayat seterusnya, 3 ayat terakhir al-Baqarah, ayat Syahidallah annahu...terakhir dari surah al-Mu'minun (Fataaalallahuu malikul haq...,ayat dari surah al-Jin (Waannahu ta’ala), sepuluh ayat pertama surah Wassafat, tiga ayat terakhir dari surah Al-Hasyr, Surah al-ikhlas, Surah al-Falaq dan surah An-Nas. Selepas itu orang yang berpenyakit itu bangun dan pergi dari situ. Penyakit yang dideritainya hilang.
Ayat-Ayat Manzil di dalam Al Quran:
1. Fatihah
2. Al-Baqarah - ayat 1-5, 163, 255-257, 284-286
3. Ali-Imran - ayat 18, 26-27
4. Al-A'raf - ayat 54-46
5. Al-Isra' - ayat 110-111
6. Al-Mukminun - ayat 115-118
7. As-Soffat - ayat 1-11
8. Ar-Rahman - ayat 33-40
9. Al-Hasyar - ayat 21-24
10. Al-Jin - ayat 1-4
11. Al-Kafirun
12. Al-Ikhlas
13. Al-Falaq
14. Al-Anas

Amalan membaca Manzil boleh memberi perlindungan dari gangguan jin, syaitan dan sihir. Ini telah dibuktikan dari banyak pengalaman. Kaifiat menggunakan Manzil ini dengan pesakit sendiri membaca ayat2 tersebut ataupun orang lain membacakannya dan menghembus ke atas segelas atau sebaldi air, kemudian air itu diminum atau dimandikan kepada pesakit.
Al-Muhaddithin Syah Waliullah Rah telah menulis dalam kitabnya “Al-Qaulul Jamil” bahawa “Tiga puluh ayat tersebut akan menyelamatkan seseorang dari mara bahaya sihir. Di samping itu seseorang pembaca akan dapat perlindungan dari bahaya syaitan, pencuri, binatang buas dan lain-lain”.
Maulana Ashraf Ali Thanawi menulis dalam kitabnya “Behisthi Zewar”, jika dikhuatiri seseorang telah terkena sihir atau dirasuki syaitan, tulis ayat-ayat tersebut dan gantungkannya pada leher pesakit. Jika terdapat gangguan syaitan atau sihir di dalam rumah, percikan air bacaan tersebut kepada keempat-empat penjuru rumah”
Suatu perkara yang sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat "Manzil " ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh (menumpukan sepenuh perhatian kepada Allah SWT). Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat. Tidak syak lagi bahawa nama-nama ALLAH SWT dan kalimat-kalimatnya mengandungi terlalu banyak berkat.
Marilah kita sama2 mengamalkannya dalam waktu seharian kita....ini adalah mukjizat Al-Quran yang diturunkan oleh Allah kepada umat Islam. Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Semuga kita sentiasa dilindungi daripada malapetaka dan hal-hal duniawi.....Amin Ya Rabb
sumber: Prof Madya Azizi Zakaria@uum





ADAB MENZIARAHI JENAZAH



a) Dilarang orang-orang yang menziarahi keluarga yang baru ditimpa kematian hadir di tempat rumah tersebut dengan bergurau senda dengan teman-teman yang lain. Perkara ini akan menyinggung perasaan keluarga tersebut. Mereka haruslah mengucapkan takziah kepada keluarga tersebut perkataan: "Semoga Allah menambahkan ganjaran pahala kamu, dan memperbaiki kedudukan kamu serta mengampunkan dosa ahli keluarga kamu yang baru meninggal."


b) Disunatkan bagi orang yang menziarahi kematian agar membaca Surah Yasin seperti yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud "Bacalah ke atas mereka yang sedang menghadapi kematian dengan membaca Surah Yasin." (Riwayat Abu Daud)


c) Digalakkan agar dihulurkan bantuan yang berbentuk wang atau makanan kepada keluarga yang ditimpa kematian khususnya bagi keluarga yang miskin.


d) Makruh bagi orang yang menziarahi rumah yang ada kematian, makan/minum di rumah tersebut kerana ianya menyibukkan lagi ahli keluarga tersebut. Melainkan jika makanan atau minuman tersebut disediakan oleh jiran tetangga bagi keluarga yang ditimpa kematian.  


sumber: Pusat Islam UUM












" DEMI MASA" MANUSIA SELALU TERLUPA!!! 










Gambaran kasarnya 

Mari kita muhasabah bersama..... ....!


Waktu kita tidur ± 8 jam/hari 
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun

Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ... 


Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam 
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan dan banyak lagi. 

Waktu rehat ± 4 jam 
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton TV, facebook atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ...


17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun


Lalu Bila Nak Beribadah??? 
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".

Maut datang menjemput tak pernah bersahut,

Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya " 

Lalu Bila Nak Beribadah??? 
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!? 

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun??? 
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai untuk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun 

Kesimpulan

Waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat (ini kalau yang solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..macamana?) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang fakir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa... 



Logiknya 
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... ....... 

Penyelesaian 
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, Isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...AKHIRAT

TAMAT
"Bukan suatu paksaan untuk di sebar luaskan"
"Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa''
Untuk difikir dan direnung bersama..
Dunia adalah tempat kematian, Akhirat adalah tempat kehidupan selama2nya 






sumber: Prof. Madya Azizi Bin Zakaria@uum










"AKU RINDU DIA YA ALLAH:( " 


Menitis air mataku bila melihat gambar-gambar barang peninggalan Rasulullah..walaupun diriku xpernah berjumpa baginda..tp dia dekat di hatiku.. ketika diri ini sedang menaip,..air mata penuh keikhlasan ini masih mengalir membasahi pipiku.. Kesedihan menyelubungi hati ini tatkala terkenang sifat peribadi beliau yang sangat mulia.. sudah dijanjikan Allah tubuhnya tidak akan dibakar api neraka kelak.. tersentuh lihat peninggalan rambut,gigi,bekas tapak kaki..subhanallah..sangat cantik bentuk kaki baginda.. rambutnya jika dilihat.., nampak begitu lembut.اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


rambut nabi


capal nabi


cop mohor





gigi dan rambut nabi


bekas tapak kaki

jubah



pedang peninggalan baginda






baju baginda..



























No comments:

Post a Comment